Thursday, January 14, 2016

Kucing Jiran Berak Depan Rumah - Ustaz Azhar Idrus

 
Coretan:
Penjelasan dari UAI pasal isu kucing jiran. Untuk aku, aku cuba elakkan tak mahu buang kucing jiran. Dalam post sebelumnya, takde cerita pasal buang kucing kan? Semuanya tips! Bila hati dah sejuk, timbul juga rasa kesian bila tengok kucing. Tupun bila geram dah hilang. Fikir jugak tu haiwan kesayangan jiran. Kang hilang, ada yg meroyan mencari. tak gitu? Tapi setiap insan tak sama dan ada had kesabaran. Takkan kamu nak tunggu sampai ada yang buang kucing kesayangan kamu. sila ambil tindakan proaktif! tapi terpulang.lah...
 



Dua Ditahan Gara-Gara Seekor Kucing

Alahai comelnya nko. ni semua pasal taik nko lah ni.



Dua Ditahan Gara-Gara Seekor Kucing

Diterbitkan: Rabu, 13 Januari 2016 8:29 AM


KAJANG: Gara-gara seekor kucing, dua lelaki ditahan selepas bergaduh dengan jiran mereka di Taman Putri Jaya, Bt 9 Cheras di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kajang Deputi Supritendan Zulkifli Abu Bakar berkata pergaduhan bermula sekitar pukul 1.10 pagi Isnin selepas jiran suspek memukul kucing miliknya yang berak di hadapan rumahnya.

"Pemilik kucing hilang sabar dan membaling batu ke arah di pintu kaca jirannya, menyebabkan ia pecah.

"Pergaduhan tercetus dan suspek kedua juga terjebak dalam pergaduhan itu untuk membantu pemilik kucing," katanya.

Suspek berusia 34 dan 54 tahun itu ditahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 427 kerana melakukan kerosakan.

http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2016/01/13/dua-ditahan-kerana-kucing/

Komen aku:

Agaknya seronok ke kehidupan berjiran puak2 ni lepas perkara ni berlaku? ibarat bertemu buku dengan ruas xpi menang jadi arang, kalah jadi abu. Kucing tak salah, yg salah tuan kucing! sebenarnya ni ke yang pengemar kucing mahukan? mesti nkorang cakap tak xpi tindakan kamu menjurus ke arah tu...pergaduhan.

Friday, September 4, 2015

Mati selepas dicakar kucing


Port Dickson: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun mati dipercayai akibat terjatuh dalam bilik air ketika membersihkan diri selepas dicakar kucing dalam kejadian di rumahnya di Taman Lukut Makmur, Lukut, di sini, semalam.

Sumber polis berkata, dalam kejadian jam 4.45 petang, mangsa, Nur Damia Amani Mohd Azam, 5, sebelum itu dicakar kucing peliharaannya di bahagian muka, pipi serta mata.

Katanya, sebelum kejadian, kanak-kanak berkenaan sedang bermain bersama kucing peliharaannya di ruang tamu rumah sambil diperhatikan dua kakak berusia 10 dan lapan tahun.

Katanya, sewaktu memeluk haiwan peliharaan itu, kucing terbabit mencakar mangsa di bahagian badan, mata dan pipinya menyebabkan berlaku sedikit pendarahan.

ANGGOTA polis menjalankan siasatan di rumah mangsa. Dalam bulatan, kucing yang mencakar mangsa

link: http://www.hmetro.com.my/node/69080
Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
kredit: Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
Port Dickson: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun mati dipercayai akibat terjatuh dalam bilik air ketika membersihkan diri selepas dicakar kucing dalam kejadian di rumahnya di Taman Lukut Makmur, Lukut, di sini, semalam.

Sumber polis berkata, dalam kejadian jam 4.45 petang, mangsa, Nur Damia Amani Mohd Azam, 5, sebelum itu dicakar kucing peliharaannya di bahagian muka, pipi serta mata.

Katanya, sebelum kejadian, kanak-kanak berkenaan sedang bermain bersama kucing peliharaannya di ruang tamu rumah sambil diperhatikan dua kakak berusia 10 dan lapan tahun.

Katanya, sewaktu memeluk haiwan peliharaan itu, kucing terbabit mencakar mangsa di bahagian badan, mata dan pipinya menyebabkan berlaku sedikit pendarahan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/69080#sthash.ohEzQTOr.dpufPort Dickson: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun mati dipercayai akibat terjatuh dalam bilik air ketika membersihkan diri selepas dicakar kucing dalam kejadian di rumahnya di Taman Lukut Makmur, Lukut, di sini, semalam.
Sumber polis berkata, dalam kejadian jam 4.45 petang, mangsa, Nur Damia Amani Mohd Azam, 5, sebelum itu dicakar kucing peliharaannya di bahagian muka, pipi serta mata.
Katanya, sebelum kejadian, kanak-kanak berkenaan sedang bermain bersama kucing peliharaannya di ruang tamu rumah sambil diperhatikan dua kakak berusia 10 dan lapan tahun.
Katanya, sewaktu memeluk haiwan peliharaan itu, kucing terbabit mencakar mangsa di bahagian badan, mata dan pipinya menyebabkan berlaku sedikit pendarahan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/69080#sthash.ohEzQTOr.dpuf

Thursday, December 4, 2014

Berita Kucing ...

Ni aku taknak komen apa-apa. Memang simpati.

Sunday, September 7, 2014

Kucing ... Part 1

Assalamualaikum WBT, Salam Hormat!

Ni post pasal kucing. Catitan berkongsi pengalaman aku guna tips-tips cara menghalau kucing. Senang cakap aku memang bermasalah dengan kucing jiran. lelebih aku duduk perumahan. Aku rasa ramai yang bermasalah cam aku ... Kalu rajin nak baca, silakanlah:

Kucing? ada yang sukakan kucing, ada yang suka gitu-gitu je dan ada yang anti terus kucing. Aku pulak dalam kategori suka gitu-gitu je. Kadang tengah makan kat kedai, gerai tepi-tepi jalan, ada je kucing mengiau-giau mohon makanan. Siap panjat peha. Aku share je makanan, No hal lah. Kongsi-kongsi rezeki. Takde aku  nak sepak-sepak. Kesian. Dia pun lapar macam kita jugak. Lepas kucing ni puas makan, peil dia mesti jilat-jilat tangan, jari, jilat keliling mulut. Alahai kiut miut ... tapi tula ... time berak, kencing merata habis dipancutnya. Baru je basuh kereta dah ada bau hancing kat tayar, bumper. Suka jadi duka! Stress aku.

Gelihati aku tengok gaya kucing ni tidur kekenyangan.





Perumahan aku duduk ni semuanya melayu. Yang pelik, nak sangat bela kucing tapi dibiarkan kucing-kucing  ni bermaharajalela. Aduh, tengah tidur memalam ... duk rileks-rileks bunyi aje kucing-kucing bising bergaduh kat luar rumah. Angin satu badan, memang rasa nak terajang je. (Rasa je la tapi aku tak pernah buat. Zalim tu)

Aku tersentak jugak bila baca berita 20 ekor kucing mati diracun cikgu di Segamat, Johor. Kecoh kejap berita ni dalam media. Buat kerja gila dah cikgu tu. Sanggup meracun makanan. Bayangkan kucing tengah lapar, apa yang dimakan itu racun! kesiannya. Bila emosi gagal dikawal. ni lah jadinya, Agak-agak lah. Kot ye pun marah ... Aku pun marah tapi takde la sampai tahap meracun. Dirasuk setan dah tu. Zalim!


Kesian sungguh!

Bab jiran-jiran aku ni pulak spesis jenis tak reti bahase, Tak tau nak cakap apa dah. Kalau cakap jugak alamat bermasam muka. Kucing makin hari makin bertambah. Aduh! Siap kawasan rumah aku dah jadi port berak. Hari-hari routine aku buang tahi kucing. Pagi, petang ... dah jadi satu kerja pulak. Kucing pulak perangai dia, kalau dah mula berak situ ... situ jugak maunya. berlonggok! Prekk Prekk sesuka hati. Kalau waktu hujan, cuaca sejuk ... Cair semacam je tahi tu. Aku lalu je bau semerbak hinggap kat hidung ni. Cilaka betul!

Pelbagai cara aku try nak halau kucing-kucing ni. Aku guna pakcik google cari tips-tips. Dapatlah petua bola dari blogger. Kononnya bola ni dapat menakutkan kucing. Menarik! Kata blogger tu kucing yang nak berak tu ingat bola ni perhati dia berak. kira takut kantoi, kucing tu cabut cari port lain untuk berak. Aku pun try ... hah! aku try ni ... apa jadi?

Abaikan rupa rumput tu. Ni tips bukan pasal rumput!



























Memang menjadi boss! Mujarab! Hebat! Kagum dan Happy aku! Aku ingat cuaca panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari. Petua ni kira berjaya jugak lah menghalau kucing dalam  tempoh yg agak lama ... 3, 4 bulan. Lepas tu tahi kucing ada balik. Paham je lah, bila dah mula berak, situ la port dia. Pui!! Takpe, aku try lain. Educated punya kucing. Cepat jugak dia tau trik ni! Kucing pada aku haiwan yang cepat belajar cuma kelemahan susah insaf. "Curiosity killed the cat"

Bermula lah episod baru mencari bersama pakcik google ... terjumpa produk bauan yg mampu buat kucing lari terkejut ... CAT REPELLENT. Ye ke bila bau ni kucing lari dek terkejut? ntah! dah paparan produk tu gitu. aku ikut je. Memang niat nak beli produk ni di Mudah, kebetulan aku ke kedai Daiso ... ada pulak Daiso jual produk ni. RM5 je. Bereh!


Balik dari Daiso terus aku campak kat port kucing berak tu. (satu bulatan tu boleh patah 4. 1 serpihan boleh cover keluasan 1 Meter) Aku campak semuanya sekaligus situ. Esok aku jenguk! pui! tak menjadi! dah tu siap ada tahi baru lagi tanda penghargaan. Aduss! kucing oh kucing. Tercabar sungguh aku!

Aku start google semula ... cari tips lain. Aku jumpa tips guna air botol mineral dari blogger. (terlalu banyak lawat blog, tak ingat blog mana aku kutip idea ni) Ambil botol mineral kosong, isikan air sampai penuh, lepas tu letak kat port kucing. Objektif: kononnya bila kucing lalu ... kucing tu nampak bayang-bayang dia yang disangkanya kucing lain. Kira ingat kawasan ni dah berkucing gitu lah ... agaknya kucing elak ceroboh kawasan kucing lain kot? hmmm ...



























Aku letak kat penjuru / tepi pagar dan atas kereta aku. Suka benar kucing (mari mana ntah) tidur atas bonet enjin kereta aku. Rasa suam-suam panas kot, sedap tidur tapi yang tak best, bulu berselerak atas tu. Dah tidur tu pandai-pandai lah kemas! tu yang mak aku pesan .. Kucing? Mana dia tau! Tuan kucing tu memang bahlol! Betul-betul menyusahkan. Kadang kasut kerja aku pun ada bau hancing. Patut tak aku rasa marah?




Yang aku pelik, trik ni kadang menjadi kadang tak. On/Off gitu. Kadang tu ada tahi di port, kadang tiada.. camtu jugak kereta aku.. kadang ada kesan tidur, kadang tiada. Apa kes? hmmm.. Kira aku anggap tips ni 50% je boleh pakai. 

Aku try jugak kacuk dua item ... konon-konon nak bagi tambah POWER! Cat repellent aku sangkut pada botol mineral. Outcome tetap sama. On/Off.


Kalau ikutkan, Aku takde masalah pun pada yang suka bela kucing ... bela beribu ekor sekalipun tapi jangan lah sampai menyusahkan aku, jiran tetangga. Bukan semua orang sukakan kucing. Cakap bongok kang marah tapi sememangnya bongok pun! Tak gitu? Ngaku je lah. Majoriti tua muda bab bela kucing sama je perangai. Sebenarnya bukan susah pun nak atasi masalah ni, Tinggal mahu atau tak mahu je. Pada yang suka bela kucing, sila jaga kucing anda. Takat bagi makan, lepas tu tak peduli kucing keluar masuk kawasan rumah jiran ... berak, kencing merata. Malas aku nak cerita bab kucing masuk dalam rumah sebab kamu memang tak peduli! bela nak, jaga taknak! aku tau dah pun! pui!

Kebetulan aku  ke kedai Daiso, ternampak satu lagi produk untuk tipu kucing. Nama produk tu "Swinging Black Cat" Kos RM5. Kucing tiruan bermata guli biru gelap yang mampu pantulkan cahaya. "It swings in the wind. This action prevents cats and birds from gathering" Tu ikut tulisan pengeluar. Jepun ni idea memang pelik-pelik tapi memang menarik. (Produk Kedai Daiso semuanya RM5 setiap satu. Kadang macam tak percaya je)

Aku gantung kucing tiruan ni di bawah kerusi. Tak tau lah jadi ke tak ... rasanya gimik je lebih sebab masih ada saje kucing lalu lalang ikut rumah aku.


Kucing ni pun terer jugak. Sifat dia tahu kalau orang tak suka dia. Acu nampak aku buka pintu, berdesup kucing lari tapi lepas tu tetap mari lagi. Jangan harap aku dapat pegang. Laju kucing tu lari boh! Macam The Flash ...

Bermacam produk dihasilkan bagi menghalau kucing. Ada design jaring plastik berduri, ada yang lebih canggih guna bunyi ultra sonic, ada yang tuang diesel kat port berak tu dan sebagainya. 

Aku dah try semampu yang boleh. Dah kenyang aku telan tips-tips. Masa pun banyak terbuang! Di hujung hari, keputusan memang tak sempurna. Kucing memang cepat belajar. Aku nak cari tips / petua lain.


Aku stop dulu. Senang aku sambung part 2.


Nota:

Kalau ada terkasar bahasa, memang aku tujukan pada pengemar kucing yang jenis tak reti bahase. ANDA TELAH MENYUSAHKAN HIDUP JIRAN TETANGGA SEPERTI AKU! Tanam kat minda tu, bukan semua orang sukakan kucing. Dah tau anda seorang pengemar kucing, jaga lah elok-elok. Jangan lepas sembarangan. Rasa masuk telinga tak apa aku cakap ni? Tapi kamu memang tak peduli! Bila terjadi apa-apa kat kucing tu, sakit hati mula lah kamu bising, siap keluarkan ayat-ayat petikan agama sedangkan kamu tu tak betul! Menyusahkan tak habis-habis. Serius Bangang! Tak tahu adat berjiran.

Kepada yang anti kucing pulak, jangan lah berlaku zalim apatah lagi TAHAP RACUN! JANGAN! Kucing lapar cuma nak berkongsi rezeki. Salahkah? Sepak pun jangan! tersilap terkuat sepak, boleh patah tulang kucing tu. Kesian boh! Bermacam-macam tips / petua aku kongsikan. Semua atas kamu nak cuba atau tak ... terpulang. Mesti ada yang sesuai.


carikucing.blogspot.com Dec 2014. 11:35pm