Thursday, January 14, 2016

Dua Ditahan Gara-Gara Seekor Kucing

Alahai comelnya nko. ni semua pasal taik nko lah ni.



Dua Ditahan Gara-Gara Seekor Kucing

Diterbitkan: Rabu, 13 Januari 2016 8:29 AM


KAJANG: Gara-gara seekor kucing, dua lelaki ditahan selepas bergaduh dengan jiran mereka di Taman Putri Jaya, Bt 9 Cheras di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kajang Deputi Supritendan Zulkifli Abu Bakar berkata pergaduhan bermula sekitar pukul 1.10 pagi Isnin selepas jiran suspek memukul kucing miliknya yang berak di hadapan rumahnya.

"Pemilik kucing hilang sabar dan membaling batu ke arah di pintu kaca jirannya, menyebabkan ia pecah.

"Pergaduhan tercetus dan suspek kedua juga terjebak dalam pergaduhan itu untuk membantu pemilik kucing," katanya.

Suspek berusia 34 dan 54 tahun itu ditahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 427 kerana melakukan kerosakan.

http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2016/01/13/dua-ditahan-kerana-kucing/

Komen aku:

Agaknya seronok ke kehidupan berjiran puak2 ni lepas perkara ni berlaku? ibarat bertemu buku dengan ruas xpi menang jadi arang, kalah jadi abu. Kucing tak salah, yg salah tuan kucing! sebenarnya ni ke yang pengemar kucing mahukan? mesti nkorang cakap tak xpi tindakan kamu menjurus ke arah tu...pergaduhan.

1 comment: